“Gara-gara majlis pertemuan semula, rumah tangga kami musnah apabila cinta monyet isteri dengan rakan sekolah kembali berputik sehingga terjerumus ke lembah maksiat.” Luah Ilias (bukan nama sebenar), 45, selepas isterinya ditangkap khalwat bersama teman lelaki yang juga bekas rakan sekolah di sebuah hotel bajet, mereka berpisah. Dalam kejadian jam 3.25 pagi pada tahun lalu itu, hati Ilias hancur selepas dimaklumkan polis dan pihak berkuasa agama, isterinya berusia 48 tahun ditangkap khalwat bersama lelaki yang juga bapa kepada lima anak. Ilias tidak menjangka, tindakan isterinya yang juga ibu kepada empat anak itu, meminta cerai dengannya sebelum ini adalah kerana mahu bersama kekasihnya. Perubahan sikap isterinya mula disedari selepas dia menghadiri majlis pertemuan semula rakan-rakan sekolah menengahnya. “Sepanjang perkahwinan, tiada masalah besar dalam keluarga kami. Isteri seorang yang penyayang dan dia tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya walaupun sibuk bekerja. “Na
Comments
Post a Comment