Skip to main content

Isteri Kantoi Berzina Dengan Rakan Sekolah Selepas Pulang Dari Reunion


“Gara-gara majlis pertemuan semula, rumah tangga kami musnah apabila cinta monyet isteri dengan rakan sekolah kembali berputik sehingga terjerumus ke lembah maksiat.”
Luah Ilias (bukan nama sebenar), 45, selepas isterinya ditangkap khalwat bersama teman lelaki yang juga bekas rakan sekolah di sebuah hotel bajet, mereka berpisah.

Dalam kejadian jam 3.25 pagi pada tahun lalu itu, hati Ilias hancur selepas dimaklumkan polis dan pihak berkuasa agama, isterinya berusia 48 tahun ditangkap khalwat bersama lelaki yang juga bapa kepada lima anak.

Ilias tidak menjangka, tindakan isterinya yang juga ibu kepada empat anak itu, meminta cerai dengannya sebelum ini adalah kerana mahu bersama kekasihnya.

Perubahan sikap isterinya mula disedari selepas dia menghadiri majlis pertemuan semula rakan-rakan sekolah menengahnya.

“Sepanjang perkahwinan, tiada masalah besar dalam keluarga kami. Isteri seorang yang penyayang dan dia tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya walaupun sibuk bekerja.

“Namun selepas majlis itu, sikapnya mula berubah. Dia mula bersikap dingin, kerap merungut serta balik lewat. Apabila ditegur, dia merajuk. Kami tidak bercakap sehingga berhari-hari,” katanya.

Dua kali isterinya membuat permohonan cerai di mahkamah tetapi Ilias tetap tidak mahu melepaskannya kerana sayangkannya dan mahu mempertahankan rumah tangga yang dibina lebih 20 tahun itu.

“Mahkamah memberikan tempoh untuk kami berbincang bagi mencari penyelesaian kepada masalah rumah tangga ini. Tetapi semua sia-sia kerana isteri tetap berkeras mahukan penceraian.

“Bila ditanya apa alasannya, isteri hanya membisu. Saya buntu. Setiap kali mahu berbincang, isteri mengelak, dia mula marah-marah dan mengatakan saya suami dayus,” katanya.

Menurut Ilias, dia pernah diberitahu keluarga bahawa mereka pernah ternampak isterinya keluar dengan lelaki lain di sebuah pusat beli belah.

Ilias tidak mahu percaya sehingga dia sendiri terserempak dengannya. Ilias cuba mendapatkan penjelasan, sebaliknya dia pula diherdik dan dituduh tidak tahu membezakan antara urusan peribadi dan kerja.

“Malah dia juga pernah berbohong, kata ada tugasan luar daerah selama dua hari tetapi hari keempat baru pulang. Alasannya, ada kerja mendadak yang perlu diselesaikannya.

“Suatu hari ketika isteri sedang menyiapkan makanan tengah hari, saya terjumpa resit bayaran hotel di dalam beg tangannya. Sejak itu saya mula mengesyaki sesuatu tetapi saya sembunyikannya. Namun segalanya terbongkar apabila dia ditangkap khalwat di dalam bilik hotel bersama teman lelakinya,” katanya.

Bagi Ilias, tangisan maaf isterinya tidak dapat melembutkan hatinya dan mereka kini dalam proses penceraian.

Semoga kisah yang di paparkan ini dapat sedikit sebanyak di jadikan iktibar dan pengajaran.

Comments

Popular posts from this blog

[Video] Kakak Ipar Aku Rilek Jer Telanjang Bulat Depan Aku

Kisah dilema yang dialami oleh seorang lelaki berusia 25 tahun yang telah berkahwin. Tetapi dilema yang di alami bukan kerana isterinya tetapi kakak kepada isterinya sendiri.. " Saya berusia 25 tahun dan bekerja sebagai seorang Juruterbang. Pada awal 2017 saya telah mendirikan rumahtangga. Kisah saya bermula seminggu selepas mendirikan rumah tangga. Kakak ipar saya menjadi sangat rapat dengan saya. Ke mana-mana sahaja saya pergi, dia akan ikut. Malahan dalam bilik saya sendiri pun dia selalu masuk dan suka mengusik saya. Saya jadi agak kurang selesa dengan sikap kakak ipar saya ini. Saya dan isteri tinggal dengan mentua sementara waktu kerana menunggu rumah kami siap.Semakin lama, semakin teruk jadinya, Kakak ipar saya jadi semakin berani. Kakak ipar saya pernah bertelanjang bulat di depan saya tanpa seurat benang menutup tubuhnya. Isteri saya boleh pula gelak tengok kelakuan kakaknya. Saya terpandang sekali dan terus masuk bilik. Tak tahu saya nak cakap apa. Nak tunggu ru

Dasyhat! Saksikan Petir Menampakkan Rupa.

Saksikan video di atas di mana memaparkan petir menampakkan rupanya. AllahuAkbar sesungguhnya inilah petanda bahawa Allah SWT itu Maha Kuasa. Untuk melihat dengan jelas sila perhatikan baik baik kerana pergerakan nya tersangat cepat.